Thursday, June 5, 2008

Oh Minyak , Oh Kotak...

Salam dari Kak BB,

Cuaca di Negeri Sembilan sekarang tak menentu, kejap hujan kejap panas. Kenapa entah. Kesian anak-anak waktu cuti sekolah. Nak main kejar-kejar atau nyorok-nyorok macam kita dulu pun tak kesampaian.

Rata-rata hari ini semua bercerita pasal harga kenaikan minyak dan barang-barang keperluan. Cukup hangat dibualkan. Orang yang duduk kat kedai kopi bercakap, orang pergi pasar pun berkata dan yang paling syoknya, orang yang pakai basikal kat kampung pun terasa harga minyak naik. Punya hebatnya 'pukulan' harga minyak naik hari ini.

Bagi Kak BB, apa yang Pak Lah sarankan supaya kita kena bersedia berubah untuk berjimat cermat adalah salah satu saranan yang baik. Cuma, rata-rata juga rakyat berkata, Kerajaan juga mestilah mengusahakan beberapa mekanisma baru yang lebih efektif bagi mengelak harga minyak ke, harga barang ke atau apa2 harga lagi daripada semakin naik. Kak BB yakin Pak Lah dan Kerajaan akan tinjau dan kaji perkara ini. Janganlah jadi macam pembangkang pulak, asyik nak kata zaman terburuk dlm sejarah. Heboh kata kalau dapat perintah, nak kawal. Cuba la suggest yang bernas.

Kalau kita tengok paper, kadang-kadang membosankan juga yek. Balik-balik cerita nak tanding Umno, nak pertahankan Umno, nak memperkukuhkan kembali Umno, nak mempertingkatkan kembali ekonomi bangsa kita, membasmi kemiskinanlah, macam-macam vision. Generasi muda pulak selalu dipesankan untuk jadi pemimpin yang telus, yang ikhlas dan berjuang untuk parti bukan untuk individu.

Tapi hari ini, satu story yang membangkitkan semangat Kak BB sebagai pemimpin muda ialah MT UMNO akan membincangkan kaedah strategik untuk mengukuhkan parti dan penjenamaan semula BN. Tahniah diucapkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Umno. Ini yang dah lama Kak BB nanti-nantikan. Maklumlah, Kak BB ni pemimpin kecil tapi hasrat penjenamaan BN bagi menawan 'mindset' rakyat dan pengundi muda, memang dah lama Kak BB suarakan. Kak BB juga dah mengamalkannya masa berkhidmat sebagai ADUN Paroi tapi org tak percaya, kita nak buat macam mana lagi.

Malahan pada Mesyuarat Exco PU3, Mesyuarat PU3 Bahagian Rembau, ketika bertemu pemimpin-pemimpin besar Umno dan bila bersembang dengan sahabat-sahabat, perkara inilah yang sering Kak BB bangkitkan. Lebih-lebih lagi, bila Paroi jatuh ke tangan pembangkang. Sekali lagi rasa terkedu dan terharu bila ada orang boleh baca isi hati muda Kak BB ini.

Kak BB nak suggest aje, bukan nak mengajar ye. Orang muda sebenarnya mudah untuk didekati. Tetapi yang pentingnya, kita yang nak mendekati ni mesti jangan amalkan budaya "bercakap dolak dalih", mesti pastikan perjuangan "tanpa letak tanda harga" dan "cakap mesti serupa bikin". Ini adalah kerana generasi muda sekarang ini ramai yang cerdik pandai dan tak kurang juga banyak menyumbang kepada Agama, Bangsa dan Negara. Tak semestinya melalui politik aje. "Politician" pulak janganlah dok perasan kita aje yang hebat menjaga negara, kita aje yang hebat menjaga bangsa, kita aje yang hebat dengan macam-macam hebat lagi. Setiap warganegara ada peranannya.

Pada Kak BB, BN ibarat sebuah kotak hebat yang cukup kukuh. Cuma ketika ini pembalutnya sahaja carik-carik. Jadi, tak perlulah buang kotak yang kukuh ini. Yang penting, tukar 'wrapping paper' baru. Dengan Warna yang lebih garang, rebennya cukup cantik terikat, kertasnya lebih berkualiti tebal.

Insyaallah, BN tetap di hati rakyat dan akan mampu menarik hati orang-orang muda ini. Sebabnya? Kak BB kan muda, cuba la ikut kata orang muda ni. Macam Barack Obama sebut, "Inilah masanya kita membuka buku baru kepada polisi lama."

Eh,eh... sori la, meleter pulak petang ni. Apapun, berjuanglah demi parti, bukan untuk....


Salam hormat Kak BB kepada semua.