Thursday, June 5, 2008

Oh Minyak , Oh Kotak...

Salam dari Kak BB,

Cuaca di Negeri Sembilan sekarang tak menentu, kejap hujan kejap panas. Kenapa entah. Kesian anak-anak waktu cuti sekolah. Nak main kejar-kejar atau nyorok-nyorok macam kita dulu pun tak kesampaian.

Rata-rata hari ini semua bercerita pasal harga kenaikan minyak dan barang-barang keperluan. Cukup hangat dibualkan. Orang yang duduk kat kedai kopi bercakap, orang pergi pasar pun berkata dan yang paling syoknya, orang yang pakai basikal kat kampung pun terasa harga minyak naik. Punya hebatnya 'pukulan' harga minyak naik hari ini.

Bagi Kak BB, apa yang Pak Lah sarankan supaya kita kena bersedia berubah untuk berjimat cermat adalah salah satu saranan yang baik. Cuma, rata-rata juga rakyat berkata, Kerajaan juga mestilah mengusahakan beberapa mekanisma baru yang lebih efektif bagi mengelak harga minyak ke, harga barang ke atau apa2 harga lagi daripada semakin naik. Kak BB yakin Pak Lah dan Kerajaan akan tinjau dan kaji perkara ini. Janganlah jadi macam pembangkang pulak, asyik nak kata zaman terburuk dlm sejarah. Heboh kata kalau dapat perintah, nak kawal. Cuba la suggest yang bernas.

Kalau kita tengok paper, kadang-kadang membosankan juga yek. Balik-balik cerita nak tanding Umno, nak pertahankan Umno, nak memperkukuhkan kembali Umno, nak mempertingkatkan kembali ekonomi bangsa kita, membasmi kemiskinanlah, macam-macam vision. Generasi muda pulak selalu dipesankan untuk jadi pemimpin yang telus, yang ikhlas dan berjuang untuk parti bukan untuk individu.

Tapi hari ini, satu story yang membangkitkan semangat Kak BB sebagai pemimpin muda ialah MT UMNO akan membincangkan kaedah strategik untuk mengukuhkan parti dan penjenamaan semula BN. Tahniah diucapkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Umno. Ini yang dah lama Kak BB nanti-nantikan. Maklumlah, Kak BB ni pemimpin kecil tapi hasrat penjenamaan BN bagi menawan 'mindset' rakyat dan pengundi muda, memang dah lama Kak BB suarakan. Kak BB juga dah mengamalkannya masa berkhidmat sebagai ADUN Paroi tapi org tak percaya, kita nak buat macam mana lagi.

Malahan pada Mesyuarat Exco PU3, Mesyuarat PU3 Bahagian Rembau, ketika bertemu pemimpin-pemimpin besar Umno dan bila bersembang dengan sahabat-sahabat, perkara inilah yang sering Kak BB bangkitkan. Lebih-lebih lagi, bila Paroi jatuh ke tangan pembangkang. Sekali lagi rasa terkedu dan terharu bila ada orang boleh baca isi hati muda Kak BB ini.

Kak BB nak suggest aje, bukan nak mengajar ye. Orang muda sebenarnya mudah untuk didekati. Tetapi yang pentingnya, kita yang nak mendekati ni mesti jangan amalkan budaya "bercakap dolak dalih", mesti pastikan perjuangan "tanpa letak tanda harga" dan "cakap mesti serupa bikin". Ini adalah kerana generasi muda sekarang ini ramai yang cerdik pandai dan tak kurang juga banyak menyumbang kepada Agama, Bangsa dan Negara. Tak semestinya melalui politik aje. "Politician" pulak janganlah dok perasan kita aje yang hebat menjaga negara, kita aje yang hebat menjaga bangsa, kita aje yang hebat dengan macam-macam hebat lagi. Setiap warganegara ada peranannya.

Pada Kak BB, BN ibarat sebuah kotak hebat yang cukup kukuh. Cuma ketika ini pembalutnya sahaja carik-carik. Jadi, tak perlulah buang kotak yang kukuh ini. Yang penting, tukar 'wrapping paper' baru. Dengan Warna yang lebih garang, rebennya cukup cantik terikat, kertasnya lebih berkualiti tebal.

Insyaallah, BN tetap di hati rakyat dan akan mampu menarik hati orang-orang muda ini. Sebabnya? Kak BB kan muda, cuba la ikut kata orang muda ni. Macam Barack Obama sebut, "Inilah masanya kita membuka buku baru kepada polisi lama."

Eh,eh... sori la, meleter pulak petang ni. Apapun, berjuanglah demi parti, bukan untuk....


Salam hormat Kak BB kepada semua.

24 comments:

nadzri said...

Saya turut mengupas isu minyak dalam blog saya. Luangkan masa untuk membaca.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

lupikirlahsendiri said...

a'kum
saya tumpang komen yo..
Ntahlah..kalau kak BB rase Pak Lah n the geng dah buat benda betul pasal kenaikkan harga minyak nie.. saya pun tak tau nak ckp ape.. rajin2 lah lawat blog TUN n cubelah hayati ape yg TUN cube sampaikan..
sedih lah dgn keadaan skang..

Photographer RAZAK RAMLI said...

Assalamualaikum...BB.
Minyak naik membebankan rakyat...
Memanglah tak boleh nafi.Tapi nak buat macamana seluruh dunia naik harga.Ubah cara hidup.Suruh rakyat berjimat.Itulah jawapan pemimpin Umno.Cuba bandingkan harga minyak
kita dengan negara pengeluar minyak.Klik kat sini.
http://crete.globat.com/~mob1900.com/temp/blogpics2/gasprice.jpg

Photographer RAZAK RAMLI said...

http://eforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=356161&extra=page%3D1

Sakurabi said...

Akum kak BB

Saya merupakan seorang penyokong kuat UMNO dari zaman universiti lagi. Tp apa yang berlaku ketika ini membuatkan saya rasa amat marah dan sangat marah pada kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

Sebagai contoh, semalam dalam wawancara RTM dgn Dato Shahrir Samad, Dato boleh cakap " Saya tak nampak kenaikan harga minyak memberikan kesan pada rakyat". Malah harga minyak kita lagi rendah berbanding negara jiran.

Sebagai rakyat, kami merasa bebanan dengan kenaikan harga minyak la, dulu harga tol lah. Tp bg para menteri yang "Cerdik" takder masalah la. Minyak kereta kerajaan tak payah bayar, tol pun tak payah bayar. Tp bagaimana pula dengan orang yang susah???????
Adakah pemberian rebat ini setimpal. Adakah kerajaan telah menjalankan penyelidikan rapi tentang isu ini?
Sudahlah harga minyak naik, harga barang makan pun naik gak.

Dan yang paling menarik, sebagai ahli UMNo,adakah kita perlu mengiyakan apa sahaja kata Presiden parti?

arip said...

All bloggers,

Simply say...
During Tun, kepimpinan melalui teladan la.
But, during Pak Lah, kepimpinan melalui telunjuk Lah.

Enough is enough Lah! If you as the leader of the Cabinet can be in a disagreement situation with your own Minister Shahrir, can the people expect better?

To Shahrir, August is August. But to Pak Lah, August means now!

adzizie adzlan said...

Saya menulis kepada YB hari ini kerana saya percaya, dengan pangkat yang YB pegang sebagai setiausaha puteri PAKEMBAR, YB boleh menyuarakan harapan rakyat dan akar umbi PAKEMBAR(UMNO) kepada pemimpin PAKEMBAR yang sungguh dogol. Saya sama sekali tidak terkejut apabila Tun Dr Mahathir keluar dari PAKEMBAR. Saya anak muda, saya ada puluhan tahun dihadapan saya untuk memeperjuangkan melayu bersama PAKEMBAR, dan saya juga, ada puluhan tahun dihadapan saya untuk berjuang menentang PAKEMBAR jika saya mahu.
Saya anak melayu, kesetiaan saya hanya kepada bangsa melayu, bukan untuk pemimpin dan tentu sekali, tiada langsung kesetiaan saya untuk tok dollah kita. Saya memilih untuk bersama PAKEMBAR semenjak saya membaca buku 'Malay Dillemma', dan hari ini, saya merasakan ada perlunya untuk kita menulis kembali sebuah lagi buku "Malay Dillemma" kerana hari ini, bangsa melayu itu sendiri telah dirosakkan oleh para pemimpin dogol dalam PAKEMBAR.

Hari ini harga minyak naik, dan pernahkah saudara semua yang membaca komen ini sedar, bangsa manakah yang paling teruk merasa kesan nya? tentu sekali bangsa melayu, bangsa melayu adalah bangsa tercorot dalam negera ini, bangsa melayu adalah bangsa yang termiskin dalam negara ini, dan hari ini, bangsa melayu itu telah dihimpitkan lagi oleh para pemimpin yang mengatakan mereka memperjuangkan agenda dan bangsa melayu. Surat khabar arus perdana kita sibuk membandingkan harga minyak kita dengan harga minyak negara luar, dan semua negara2 yang dibandingkan ini, bukan negara pengeluar minyak. Kami rakyat baru sahaja mahu percaya, tapi Oppss!! kami bukan kanak2 seperti dulu lagi, hari ini tekan saja punat search google, maka kita akan dapat tahu berapa harga minyak di negara2 pengeluar minyak yang lain. Kebanyakan negara2 ini harga minyak mereka tidak lebih dari rm1 per liter! paling mahal yang saya lihat pun rm2.07, di Indonesia dan UAE kalau tidak silap saya. Jika saudara malas hendak membuat kajian, pergi sahaja ke laman web Malaysia today, para bloggers ini akan menyajikan saudara dengan statistik2 ini.

Jangan kita bandingkan negara kita dengan negara Singapura dan negara di eropah yang mana minyak mereka terlalu mahal, ini kerana:
1. Mereka bukan negara pengeluar minyak
2. Pendapatan rakyat mereka dengan rakyat kita jauh berbeza,kuasa beli/konsumerisme mereka tinggi.
3. Harga minyak tinggi adalah polisi kerajaan mereka yang mana kerajaan mereka menggalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam, bukan kereta persendirian.
Dan antara semua sebab ini, tidak satu pun yang sepadan dengan negara Malaysia. Kerajaan ini suruh kita menggunakan pengangkutan awam,tapi apakah anggota kabinet pernah naik bas? pernahkan mereka sedar tentang ketidak efisyen nya pengangkutan awam kita? mereka semuanya menggunakan khidmat polis trafik untuk bergerak. Jangan jadi hipokrit. Hari ini inflasi naik 5%, minyak naik lebih kurang 40%,besok harga komoditi asas akan naik, ini adalah suatu yang pasti. dan satu lagi yang pasti, tingkat gaji pekerja malaysia, tidak naik. dan terima kasih kepada pemimpin melayu dalam PAKEMBAR kerana memberikan kami rakyat hadiah sebegini rupa.YB jangan sesekali hanya mengiakan semua ini, setia kepada bangsa dan parti tidak bererti kita setia kepada pemimpin yang songsang, kesetiaan songsang ini hanya akan membawa PAKEMBAR dan negara ke lembah kedurjanaan. Silap2 kredibility YB pun akan tercemar kerana menyokong saja.

Saya tidak terhegeh2 kesana kemari berhujah kepada rakan2 untuk memburukkan PAKEMBAR, walaupun dalam hati saya ada seribu satu sumpah seranah untuk pemimpin tertinggi negara kita kerana dasar mereka yang sangat tidak berpatutan untuk negara kita yang sedang berkembang. dan saya mula mempersoalkan, apakah negara kita sedang berkembang atau pun mengucup? semua projek2 nampaknya tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya, syarikat2 GLC saban kali mengalami kerugian kecuali Petronas yang saya percaya jika dipimpin oleh anak tadika pun tidak akan rugi kerana mereka hanya menjual hasil galian bumi,tapi apabila hasil galian bumi ini hampair habis kelak, masa itu kita boleh lihat kredibiliti sebenar pemimpin nya.

Hari ini minyak naik, tarif elektrik pun naik. Dari sini sudah kita boleh simpulkan bahawa pemimpin kita ini dungu, ekonomi kita terlalu bersandarkan minyak yang harganya tidak konsisten. kita negara tropik, apakah kita kekurangan tasik2 sehinggakan kita perlu ada stesen janakuasa yang perlu digerakkan oleh minyak? Hari ini harga minyak naik, tapi polisi kerajaan untuk sistem pengangkutan awam masih tidak berubah dan kita masih bercita2 untuk memperbanyakkan lagi kereta dijalanan, dan memperbesarkan lagi jalan agar perniagaan automotif kita terus berkembang pesat. Dalam surat khabar arus perdana sibuk berkempen tentang mengurangkan karbon emission, tutup lampu jika tidak pakai, naik tangga etc, apakah ini penyelesaian jangka masa panjang atau satu lagi kempen yang akan berakhir selepas 3 hari? percayalah, kempen ini saya jamin tidak akan lebih satu bulan. Kita terus mengeluarkan kereta, kereta ini saja akan menghasilkan lebih banyak gas karbon dari kita naik tangga tiap2 hari.

Bagi saya,apa yang perlu kita lakukan pertama sekali ialah untuk membina stesen jana kuasa yang tidak bergantung dengan minyak. Ini akan melegakan para pengguna, tarif elektrik kita selepas ini, tidak akan terlalu dipengaruhi oleh minyak. Yang keduanya, kita harus memperbaiki sistem pengangkutan awam kita, maksud saya memperbaiki bukan dengan membeli bas2 baru yang berhawa dingin dan ada televisyen set didalamnya, tapi kita harus merombak keseluruhan polisi pengangkutan awam kita. Umpamanya putra lrt, saya rasa inilah antara pengangkutan awam paling effisyen di Malaysia, kita tahu bila ia akan sampai, ia jarang rosak dsb, cuma ia terlalu sesak dimasa2 puncak. Tapi ini boleh kita selesaikan dengan membina mrt(mass rapid transport) yang lebih besar saiznya daripada kita membazir wang rakyat dengan memeperbesarkan jalan, yang akhirnya juga akan sesak. Dijalanan, saya percaya kesesakan dan pergantungan kepada minyak dapat dikurangkan dengan membina 'tram' yang mempunyai laluan sendiri. Tram ini digerakkan melalui elektrik, dan jika ianya mempunyai laluan sendiri, ianya tidak akan terdedah kepada kesesakan lalu lintas dan rakyat boleh merancang perjalanan mereka. Dan kesemua ini harus dilancarkan disemua negeri di malaysia dan ia harus mempunyai jaringan yang luas dalam satu2 negeri itu..kedua2 cadangan yang saya berikan itu, bergantung kepada elektrik, jadi harga nya saya percaya lebih konsisten kecuali ada antara para cukong(kapitalis) dan pemimpin tamak yang mahu mengaut keuntungan berlebihan dari ini. Ini banyak kelebihan nya, kurang kereta dijalanan, jadi negara kita kurang bergantung dengan harga minyak, kita juga menyumbangkan kepada pengurangan karbon emission dari hanya kempen yang sia2.

tapi semua ini tidak mungkin dapat dilakukan semalaman, ia mungkin mengambil masa puluhan tahun untuk sistem pengangkutan awam yang lebih teratur dapat dilaksanakan. Tapi apakah ianya berbaloi? semua warga massa sedar bahawa harga minyak akan terus naik, kerana minyak itu adalah galian bumi seperti emas,sesuatu yang kita tahu galian nya akan habis, pasti akan menjadi mahal dan apakah ita konsumer minyak hari ini, akan terus bergantung dengan bahan asas ini? apakah negara kita akan terus diperhambakan oleh minyak? saya tidak tahu,kerana bukan saya yang menggubasal dasar negara, itu kita tanya dengan pemimpin kita yang telah diberi mandat, tapi rosakkan semua yang telah dibina semenjak 51 tahun yang lalu.

Mungkin ada yang bertanyakan kepada saya, ada idea dimana kita harus dapat duit? untuk itu baik dia tanya dengan sultan dollah dan tengku mahkota KJ. Saya juga ingin mempersoalkan, apakah corridor wilayah iskandar itu, benar2 akan menjadi realiti, atau hanya satu pembaziran yang akhirnya kita terpaksa batalkan projek itu? dan, apakah tanah2 di WPI itu, akan dimiliki oleh para cukong dari Singapura? jika ini benar, baik kita gugurkan saja pemimpin melayu yang jual tanah bangsa ini. Hari ini rakyat ada banyak sumber YB, jadi kami tidak melihat PAKEMBAR sebagai pejuang melayu, kerana kami ada banyak, longgokan bahan bacaan tentang apa yang dilakukan oleh para pimpinan PAKEMBAR. Mungkin sebab itu, rakyat pulau pinang pileh Guan Eng memimpin mereka, mungkin kerana Guan Eng ini lebih melayu dari pemimpin melayu yang menimpakan celaka keatas bangsanya sendiri.

pro pendek said...

Bang...kalau nak tulis panjang2, bueklah blog sendiri. komen ekau ni dah tersasar tajuk. kau yang naik minyak ko?

toknujum said...

salam,

minyak oh minyak..memang kenaikan minyak memberi kesan yang paling ketara..walaupun langkah jimat-cermat diambil tapi tak boleh la..secara peribadi tok nujum yang baru balik jauh ni terasa jugak lah bila mendengar keluhan rakyat..tok nujum pun mengeluh jugak..rm 50.00 baru 18 liter..argh!!

mengenai penjenamaan semula BN memang bagus tapi biarlah ianyak realistik dengan keadaan semasa..begitu jugalah yang berlaku di kawasan kak bb iaitu Dun paroi yang mana satu ketika dulu kak bb menjadi Adun..tok nujum ada juga mendengar dari orang2 di kawasan situ..walaupun tok nujum bukan pengundi di paroi..tindakan pihak atasan yang tidak mahu mendengar suara rakyat yang akhirnya mengundang padah..hurm..besar kan kuasa rakyat ni kan kak bb?? kalau orang tak percaya takpe tapi kita mesti yakin pada diri sendiri..kurang2nya kita ada pegangan kita sendiri kan? macam kak bb selalu cakap dulu..

memang tok nujum naik muak dengan keadaan dalam paper hari ni..lebih2 di war2kan pasal umno..bertanding la..isu kuota lah..isu lawan ketua bahagian lah..macam takde isu lain yang lebih penting dari isu tersebut..sampai bila lah agaknya..

sekadar pesanan pribadi; tok nujum nak tunggu PRU ke 13 moga2 kak bb tersenarai semula...kalau ada rezeki tak kemana kan??

nur_mutiara said...

Tahniah kpd kak Bibi diatas penerbitan blog ini. Mungkin kita boleh bersama untuk buat program generasi muda di paroi. Sudi-sudilah kunjungi blog saya
http://nurmutiara.blogspot.com/

Pn wani

Cepul Pilah said...

Salam Kak BB,
Saya peminat Kak BB semasa kat Kak BB jadi YB dulu, saya nak komen pasal kenaikan harga minyak...dan menambah pendapatan

i) Sepatutnya Kerajaan diperingkat pusat dan negeri mengambil langkah drastik memperkenalkan penggunaan gas NGV (eden pun baru belajar NGV ni) sebagai contoh memperkenalkan penggunaannya kpd kereta2 YB2, MB dan VVIP termasuk kat kete Kak BB

ii) Memberikan diskaun yang tinggi bila nak install benda alah tu kat kereta..

iii) Menambah stesen minyak NGV diserata pelusuk negara waima kek Pilah

iv) Mengurangkan acara keramaian kat majlis2 Kerajaan, perasmian2..dan acara VVIP

v) Bersama agensi swasta, Kerajaan dan warga kampung, kita buek kempen MAri KITO Ke LAdang!...apo laie .. tanam sayur ko.. dan sepatut eh.. Cubo kito poyi Pilah berlambak tanah terbiar...kan..

vi)Lastly Kak BB.. ajak2 la oghang kek bawah Bukit ni.. makan ko, hi tea .. jgn lupo 'akar umbi' yo!

Take care,

Anonymous said...

YB BB... YB nih mcm betty benaffe la..gomar boto sya tgk pic YB nih haa

ain said...

hai YB BB..

dah biase panggil nama puan dengan YB..so i terpaksa teruskan...ermm actually dah lama dapat add blog YB tapi nak bukak masa xkesampaian lak...tapi arini buat seketika sempat jugak saya singgah sementara nak sarap kat opis ni...

pasal minyak ni memang terase la ibarat masuk ke dalam kasut orang lain...kita same2 rase...yang pasti amalan berjimat patut time2 nih...

dari noraini wahib(NEGERIfm)
ainwahida.blogdrive.com

Anonymous said...

saje nak tanya kenapa masih panggil kak BB, YB BB? kan kak BB dah tak jd YB..jangan marah yeee..

toknujum said...

salam buat sumer..

anon...menulis,
"saje nak tanya kenapa masih panggil kak BB, YB BB? kan kak BB dah tak jd YB..jangan marah yeee..

tapi bagi tok nujum lah kan title YB tu mungkin singkatan bagi Yang Berbahagia ker...apalah salah nyer..sedangkan kat Perak tu Speaker Dewan Undangan Negeri tu bangsa lain pun depa orang duk panggil Yang Dipertua..apa lah salahnyer kita kekalkan panggilan YB pada kak bb...

tak hilang bisanya ular jika menyusur akar..kengkawan...

apa2 jelah..

Putera UMNO said...

Tahniah KJ. Berjaya menyingkirkan TPM dan DSAI. Sekarang Pak Lah confirm kekal jadi Presiden UMNO. Bye bye Najib. Hidup Pak Lah . Hidup KJ !

mutaligat said...

Kesian engko BB ya, baru sepenggal jadi ADUN dan dipencenkan....aku ingat elok ekau masuk PAS atau PKR Umno dan teruk sangat ....jauh dari agama dan tata susila

Anonymous said...

Engko ni tak da otak ke BB, kami yang dok kampung begitu susah bila minyak naik barang naik ....engko masih sokong Pak Lah tu...dia kelentong rakyat ...kami rasa tertipu

dudi said...

kamu pemimpin mudah berkata2..

kata ikut rasa..

suatu hari nanti kamu tahu juga apa kelemahannya..

kamu nampak bertanggungjawab dan berkaliber..

tp rugilah org2 yang mempercayai kebolehan kamu..

cuma aku sorang sahaja yang bercakap kamu bukanlah pemimpin yang bagus. itu satu kenyataan yang tak popular.

satu hari nanti tentu ada yang melihat kamu bukannya seorang pemimpin yang baik..

cakap tak serupa bikin!!!

Anonymous said...

paklah ni bengap sbnrnya x tau jaga ekonomi skra minyak dh di bawah paras 100usd nk tau dolah ckp ape dia ckp bila minyak turun petronas untung ckit kah kah kah napela ramai org dok sokong n pertahankan dia lg terang2 memperbodohkan rakyat time minyak naik dia x ckp pulak petronas untung banyak ntahla u pk la sendiri

Malaysia Kita online said...

kenapa paklah masih ingin pegang jawatan PM?adakah dia rasa dia masih boleh memerintah malaysia yg dlm dilema skarang?

delimamalaysia.bogspot.com

Anonymous said...

bibi tak layak jd pemimpin!!!

kalu dulu dia memang seorang pemimpin..

sekarang jelas dia bukan seorang pemimpin..

seorang pemimpin mahu yang cantik ke, lawa ke.. perasan ke..

sorilah.. bro..

adui ai..

apo lah nak jadi kalu memilih pemimpin yang lawa..

kenyataan meraban!!

bibi..
kau TIDAK LAYAK!!!
melainkan kau mengakui kelemahan dan silapmu.

Anonymous said...

Assalamualaikum ..kami mencadangkan untuk mengadakan Seminar Beladiri Wanita kepada Pu3 Umno.Dikendalikan oleh bekas juara silat dunia Master Ruzaidi Abd Rahman. Mudah dan berkesan. Kami juga menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional dimana dapat membantu mencapai cita-cita dan impian.Harap dapat bekerjasama. Layari ruzaidiabdulrahman.blogspot.com.

Anonymous said...

PBB: hi kak, nepe tak update blog nie..last post June...kena-kena la rajin...kak kan contoh pemimpin.