Wednesday, April 23, 2008

Lebih 5 orang kanan sayap UMNO sedia tanding kerusi ketua ikut restu akar umbi

Berita Harian 14 April 2008
KUALA LUMPUR: Kalangan pemimpin Puteri Umno, semalam menyatakan sokongan terhadap sebarang pertandingan merebut jawatan tertinggi pergerakan itu, jika itu yang dimahukan ahli pada peringkat akar umbi.

Setiausaha pergerakan, Bibi Sharliza Mohd Khalid adalah antara pemimpin Puteri yang secara terbuka menyatakan minat untuk menduduki jawatan itu tetapi menegaskan tidak akan menawarkan diri untuk bertanding tanpa sokongan atau kehendak akar umbi.“Tidak salah untuk kita bertanding jika orang nampak kredibiliti kita sebagai pemimpin dan tidak salah jika ada pertandingan tetapi biarlah secara sihat kerana pertandingan adalah pemilihan kepimpinan yang terbaik pada peringkat Puteri.

“Jika hendak pilih kepemimpinan, kena datang daripada akar umbi. Saya lebih yakin jika pemilihan untuk menduduki jawatan tetinggi dilakukan secara muafakat menerusi muzakarah kerana Puteri semakin matang”, katanya.

Bibi Sharliza yang juga Ketua Puteri Bahagian Rembau mengakui jawatan Ketua Puteri adalah landasan terbaik untuk mencurahkan khidmat memperkukuhkan parti.

1 comment:

ZIQita la Cucaracha a.k.a. Lipas Kudung said...

Yep, setuju sangat.. peringkat akar umbi begitu signifikan. Soekarnoe pun mempraktikkan amalan "TURBA" atau Turun Bawah semasa menjadi pemimpin Indonesia kan:)