Wednesday, April 23, 2008

PUTERI SEMAKIN MATANG DI DALAM ACUAN ‘KEPUTERIANNYA’

Saya mengajak semua ahli Puteri merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Puteri Umno Malaysia ( KPUM ), YB Dato’ Noraini yang membawa maksud bahawa beliau mengambil sikap terbuka di dalam isu pemilihan KPUM, walaupun lebih suka melihat ianya diselesaikan melalui kaedah permuafakatan kerana Puteri semakin matang dan tahu menilai pemimpinnya sendiri.

Saya bukan sahaja amat bersetuju dengan kenyataan beliau, malah berasa terharu dengan mesej yang disampaikan olehnya. Selaku “Senior” dalam Puteri, teringat saya pada kata-kata mantan KPUM, YB Dato’ Seri Azalina satu ketika dahulu.... “Biarlah Puteri bergerak pada acuannya sendiri”

Jelas terserlah ada seruan ikhlas daripada beliau, agar Puteri senantiasa mementingkan perpaduan di dalam berpolitik, walaupun di dalam kita mengamalkan demokrasi. Benar, demokrasi menghalalkan pertandingan. Tetapi apalah maknanya demokrasi itu sendiri, sekiranya harga yang perlu dibayar ialah perpecahan di dalam pergerakan ini.

Walau bagaimana pun, sekiranya pertandingan tidak dapat dielakkan dan sekiranya itu yang dikehendaki oleh ahli di peringkat akar umbi, maka saya cukup yakin Puteri telah cukup bijak dan amat matang di dalam memilih Ketuanya. Sudah pasti, Puteri akan menghayati mesej YB Dato’ Noraini.

Keyakinan saya ini adalah kerana umum memahami perjuangan Puteri adalah untuk kesinambungan generasi akan datang. Walaupun dalam usia 7 tahun, Puteri telah beberapa kali membuktikan tanpa ragu-ragu, bahawa kita adalah anak benih UMNO yang terbaik dan senantiasa kekal di dalam acuan ‘keputeriannya’ – suci tak tercemar - tenang tak terusik – tegas dalam kelembutannya.

14 comments:

maya said...

Assalamualaikum wbt,

Tahniah kepada puan atas kewujudan blog ini. Ketewasan kita dalam pilihanraya yang lalu adalah disebabkan media internet menjadi hit terutama oleh generasi hari ini.Sedih apabila lebih banyak blog pembangkang didalamnya daripada blog UMNO sendiri. Blog pembangkang sememangnya mendapat tempat dihati generasi hari ini. Inilah yang perlu disedari oleh pemimpin2 UMNO. Harapan saya moga kewujudan blog puan akan mengimbangi seterusnya menyaingi kewujudan blog2 pembangkang ini. Teruskan perjuangan puan dan saya yakin Puteri UMNO masih mempunyai tempat dihati generasi hari ini.
Wassalam....

Wan Salwati Hj Abdullah said...

Wujudnya blog Pen.Setiausaha Pu3 UMNO Msia membuka satu ruang terdekat untuk seluruh ahli meberi pandangan terbaik demi untuk kecemerlangan perjuangan Pu3. Ketelusan dalam kepimpinan hari ini amat penting apatah lagi senario politik hari ini telah menggambarkan satu keputusan yang lebih bijak mesti di ambil demi mempastikan ketuhanan melayu tidak diperbodoh-bodohkan. Amat menyedihkan ke kalahan pada saluran2 muda di pilihanraya ke 12 harus di ambil iktibar. Hari ini kepimpinan atasan Pergerakan Pu3 Msia harus memikirkan acuan yang lebih menarik untuk meyakinkan anak-anak muda hari ini bahawa kasih, sayang apatah lagi cinta pada perjuangan melayu yakni UMNO meati terus mekar. Ingatlah Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah kemerdekaan yang kita pinjam dari nenek moyang kita yang terdahulu. Perjuangan sis akan terus dijulang...

ZIQita la Cucaracha a.k.a. Lipas Kudung said...

Wowww.. Teruja saya dengan kata-kata Kak Bibi yg cukup bersemangat!!! Terutama sekali bila bercakap tentang DEMOKRASI. Muy Bien! Que interesante! Tahniah..

Saya adalah 'nobody' dalam PUTERI mahupun politik Malaysia.. Tetapi sebagai pencinta bangsa, pemerhati+pelajar (politik dunia)+peminat setia politik, saya rasa pertandingan tu tak salah. Kalau ada pertandingan, akan ada 'win-win situation'.. Kenapa saya kata win-win situation? (MUNGKIN ADA YG TAK SETUJU) Kerana dua-dua pihak-calon yang bertanding & PUTERI akan dapat manfaat. Calon, sama ada menang atau kalah-akan membuktikan sesuatu, bukan hanya pandai berkata-kata tapi lepas menang, melupakan janji manisnya. Parti pula akan dapat diperkemas, dimantapkan dan dimajukan menurut acuan sendiri. ORANG MELAYU: kena cantas budaya 'BODEK-MEMBODEK' dalam parti! Pilih mana yang terbaik, bukan pilih kerana suka, bukan pilih kerana kepentingan atau tak nak pilih kerana dendam..

Kalau nak benar-benar DEMOKRASI, memang susah.. Pendapat semua orang, dari atas sampai bawah akan diambil kira! Itulah DEMOKRASI HAKIKI. Tapi, kadang-kadang, seorang pemimpin itu perlu menjadi sang Realis, kadang-kadang pula menjadi seorang Idealis. Dalam konsep conflict management & resolution, ada istilah "a moral thing to do". Jadi, kalau pertandingan tu "a moral thing to do"-untuk menyatupadukan dan merapatkan barisan misalnya, mengapa perlu kita halang kan?? Bersedialah untuk perubahan kerana perubahan akan tetap terjadi. Perubahan ibarat cahaya. Walaupun ditutup, dikekang, ia akan tetap memasuki rongga-rongga dan ruang-ruang yang ada tanpa kita sedari.. Wish u all da best kak bibi! Buena suerte! Ganbatte ne!=)

~HAZIQAH NASIRAH ZOL BAHARI@haziq

Anonymous said...

qalam berbisa menulis....

"memang puteri hari ini semakin matang didalam acuan nya yang tersendiri namun sayang adakalanya pemimpin puteri makin menongkah arus dalam mencari arah untuk meneruskan perjuangan puteri..

adakalanya kelihatan pemimpin atasan puteri leka dengan amanah yang dipertanggungjawab sehingga sanggup berubah rupa dan karekter..disini lain disana lain..memang menyentuh soal demokrasi untuk memilih pemimpin dalam meneruskan kegemilangan puteri yang mana ia bakal ditinggalkan oleh Dato Noraini Ahmad..telah mula agenda menyerang pribadi yang mana sekaligus mencerminkan kepribadian pemimpin..selaku pemimpin seharusnya kematangan dalam memimpin yang ditonjolkan bukannya rupa dan agenda pribadi yang tersendiri...hala tuju Pergerakan Puteri UMNO perlulah memilih pemimpin yang telus dan sewajarnya atau lebih tepat lagi pemimpin puteri dipilih dari seorang yang benar2 diangkat untuk menjadi pemimpin..yang dipilih oleh pucuk pimpinan atasan yang antaranya telah memenangi Pilihanraya ke 12 baru2 ini atau lebih mudah yang bergelar YANG BERHORMAT..ini soal moral dan ini adalah soal maruah pergerakan puteri UMNO..

kita renung2kan bersama...

Anonymous said...

assalamualaikum wbt

first of all,congrats k bibi atas adanya laman blog ini.

semoga k bibi terus maju dalam memimpin pu3 sekiranya terpilih untuk menerajui pergerakan ini.pu3 perlukan seorang pemimpin yg berani utk bersuara tanpa perlu takut atau rasa tergugat akan kedudukannya nanti..ahli umno yg berkepentingan sememangnya akan cuba utk meminggirkan ahlinya yg berkebolehan dalam menyuarakan pendapat mahupun teguran..cukuplah dengan apa yg telah kita lalui,kerana ahli umno perlukan satu perubahan dalam menafsir samaada umno akan terus relevan kepada generasi yg akan dtg..kalau dulu kita kurang pilihan ttp sekarang generasi muda sudah banyak pilihan.jika bukan umno yg menjadi pilihan,mereka akan pergi ke parti lain seperti adil/pas/dap>pakatan rakyat!

exco pu3 yg akan bertanding kelak di harap dapat menunjukkan suatu semngat cintakan bangsa dan meneruskan perjuangan tok nenek kita.muhasabah diri adalah perkara yg terbaik utk dilakukan.sekiranya kt terus dengan perasaan syok sendiri,maka akan kuranglah sokongan golongan muda dalam mendekati UMNO.apa sudah jadi dengan program mengkeluargakan umno?atau mengumnokan anak2 ahli umno?saya rasa program itu sepi tanpa promosi..

k bibi,sy berharap agar pu3 yg dilahirkan sejak 7 tahun yg lalu tidak lupa akan dasar penubuhannya.janganlah terikut2 rentak segelintir ahli umno yg terdahulu,sanggup menggadai kuasa yg ada demi melihat bangsa sendiri jatuh agar hati puas..apakah lagi yg akan ditinggalkan pada anak2 bangsa ini setelah kuasa ekonomi dan kuasa politik tergadai dek kerana hasad dengki sesama melayu?sebelum perbincangan tersebut dibuka kepada public,cerminlah org umno bahawa sikap mereka sendiri perlu diubah sebelum faktor kekalahan lain disentuh sebagai alasan kekalahan BN!

Anonymous said...

'puteri terbuang berfikir....'

....fokuslah kita pada matlamat wahai semua ahli umno terutama wanita melayu muda yang bergelar puteri umno.. marilah kita sama-sama 'bangkit' membuat pengisian 'kemenangan' barisan nasional ini...
pada fikiran saya, mereka yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat pada pru12, hendaklah memberi tumpuan pada kawasan bagi memulihkan kepercayaan masyarakat pada barisan nasional dan umno khasnya.
...sekarang kita harus memikul tanggungjawab dan tugas yang berat dan memerlukan tumpuan 100% bagi membuat 'pengisian' perjuangan terutama perjuangan generasi melayu muda untuk mendekati UMNO kembali.
...Teruskan perjuangan dan niat tulus ikhlas kak bibi dalam meneruskan misi dan visi wanita melayu muda....

'pantang melayu surut pulang' hayati pepatah hang tuah...

Anonymous said...

Salam....

memang betul kata kak bibi Pu3 memang bijak memilih dan menghayati kata2 dato Noraini...

Oleh itu saya akan memilih ketua yang benar2 berkerja utk pu3 dan bukan utk diri sendiri...Kak bibi ada ke turun ke akar umbi setakat dah jadi pen S/u ni...x rajin jumpa pun...kt program x pernah tgk pun muka g mana yea....?Sibuk ye masa YB dulu.Sian nye. x de masa nk jengok kami di akar umbi ni...jd dgn sendirinya pu3 di akar umbi akan dpt menilai siapa yg layak menjdi KPUM nanti...phm2 je la...dgr cite masa jd ADUN dlu pun x dpt nk jlnkan tugas sepnuhnya...macam ni...jawab...jgn x jawab....

Rosmerah said...

Kak bibi teruskan pedulikan ngan semut api yang tak besarang tu nampak macam pembodek pembesar 3 beradik je.Saya yakin dan percaya ramai puteri di luar rembau dan n.s ini menyokong kak bibi apa yang penting perjuangan kita ikhlas dan untuk umat melayu yang dah semakin lupa diri.wassalam
I love u putri....

Anonymous said...

setakat n9 je...x yah la heboh2 ros merah ooii.....saje nk tgk sama ada kak bibi boleh terima kritikan atau tidak....yg lain2 asyik memuji je...sape yg bodek ros merah la tu...mesti dh dpt apa2 ni dr kak bibi....semutapi pn rapat gak ngan kak bibi weh...dulu2 kita penyokong kuat kak bibi siap g kt apartment kak bibi kt belakang Lagent lagi...markas kempen naib ketua pu3....tp bila kak bibi dah jd salah seorg g5 dia dh lupa org bawahan ni....atau buat2 lupa.....

qalamberbisa said...

salam,

semutapi kata;
"semutapi pn rapat gak ngan kak bibi weh...dulu2 kita penyokong kuat kak bibi siap g kt apartment kak bibi kt belakang Lagent lagi...markas kempen naib ketua pu3....tp bila kak bibi dah jd salah seorg g5 dia dh lupa org bawahan ni....atau buat2 lupa....."

cemut..cemut..
adakalanya manusia lupa dengan apa yang telah kita buat..walaupun adakalanya dorang ingat tapi yang sebenor2nyer depa buat2 luper jer..itulah dia macammana kata Tun dulu 'Melayu mudah lupa'..

maka pemimpin kena ingat apa yang telah dia cakap, kena ingat apa yang dia kotakan, kena ingat apa yang dijanjikan..kerna aku tak pernah lupa selagi diizinkan oleh ALLAH, selagi pemikiran ku masih waras aku sentiasa ingat apa yang pernah dilontarkan pada ku..

renung2kan bersama
-adios amigos-

Anonymous said...

Salam...

Biarla klau org dh lupa jasa kita...
tp bila tiba masa nanti org yg lupa pada kita akan datang semula mencari......x kecil hati pun...dah adat dunia macam tu.....

Anonymous said...

bibi, sekadar bertanya, adakah hang bersedia menawarkan diri utk jadi kpum? krn dgn cara ini para perwakilan dpt meneliti dan menafsir serta memilih hang utk jadi kpum ke-3 dgn pengalaman hang menjadi YB (walaupun sepenggal) sedikit-sebyk dpt dizahirkan dlm gagasan puteri yg akan dtg.
cek sbg kp3 bhgn di utara mengambil secara positif apa sj kelemahan hang dlm mengatur gerakan utk capai matlamat dan cita2.
pengumuman hang secara terbuka akan mbuatkan ketua p3 bhgn yg lain merasai kesungguhan hang utk mentadbir 'generasi wanita prihatin-prihatin berilmu'
aku nk sokong hang sebab hang takdak affair dgn MB hang. itu salah satu sebab ja

Anonymous said...

Salam...

Wahai sang hijau kuning....

kenape YB- YB Pu3 yg lain tu ada affair ke dgn MB masing2....cek tak tau pun...kalau gitu bibi je la yg layak yea.....baguihh betoi no.......nasib hang habak...tidak cek dan semua org x tau....

Anonymous said...

saya rasa ada atr yg bagi komen di sini, mendapat suapanw atau 'habuan' dari calon2 yg bertanding, tu yg main sedap je nak hentam org, kat blog kak bb sendiri plak tu, agak2 arr. Bukankah lbh bagus klu kita bertengkar, berbicara, bertelagah pendapat bagaimana kita nak kembalikan semangat jatidiri pu3? Sape yg x rindu zaman Kak Aza? Riuh, agresif, digeruni pembangkang,kelibat pu3 di pilihanraya di hargai, di iktiraf. Sekarang kita benar2 memerlukan ketua yg tidak memegang sebarang jawatan dlm kabinet, kerana untuk memberi tumpuan yg penuh dlm usaha memulihkan dan menjenamakan semula UMNO. X kira ler sape pun, asalkan boleh memberi 100% komitmen pd Pu3. Terpulang ler pada penilaian perwakilan msg2. Apa agenda yg membawa kita ke dlm pu3? sekadar memenuhi kehendak? glamour? berpiket utk org tertentu? berkumpulan? atau benar2 ikhlas berjuang.. pemimpin dtg dan pergi, tetapi Pu3 umno tetap akan teguh berdiri.. Kita kembalikan zaman kehebatan Pu3, di mana kita digeruni pembangkang, dgn di ketuai seorg ketua yg meang benar2 berani, lantang bersuara..