Saturday, May 31, 2008

Bila Kak BB nak declare?

Salam dari Kak BB,

Sambil duduk-duduk memikirkan hal UMNO dan generasi muda masa kini, Kak BB teringat komen dari toknujum dan beberapa pertanyaan yang berterusan dari sahabat-sahabat dan adik-adik PU3 tentang pemilihan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang sedang 'panas' di pasaran sekarang.

Ternyata Kak BB tak boleh lari dari menjawab soalan cepumas ini.

Kepada toknujum, sahabat-sahabat, adik-adik samada yang bersama-sama di dalam PU3 atau yang di luar PU3, minat dan hasrat memanglah sudah lama tertanam di sanubari Kak BB. Sebagai salah seorang pemimpin senior PU3 dan amat arif dengan matlamat kewujudan PU3 UMNO, serta mengharungi bagaimana perit jerih selama 7 tahun yang macam roda berpusing, hanya semata-mata berjuang untuk meletakkan PU3 ke tahap hari ini, memang Kak BB berasa terkedu dan terharu bila ada yang menyatakan Kak BB juga layak untuk diberi peluang ke tahap tersebut. Syukran.

Apatah lagi, Kak BB memang selalu dengar ada yang kata, Kak BB tak akan berani declare sebab pemilihan Umno lama lagi, Kak BB tak dapat restu lah, Kak BB ni takut banyak hot story akan keluar lah, dan macam-macam lagi. Yelah, kata orang, kalau berpolitik tak mengata, tak sedap pulak kan. Macam makan tak berulam.

Jadi, di sini Kak BB nak declare, Insyaallah...kalau ada sokongan yang padu, yang jitu dari akar umbi, terutamanya daripada kepemimpinan Pergerakan PU3 Umno itu sendiri, maka Kak BB bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab dan memikul amanah yang diserahkan dengan telus dan ikhlas, demi memastikan kesinambungan perjuangan PU3 terus relevan dalam politik Malaysia.

"Kalau Takut Pada Cabaran, Jangan Gelar Diri Pejuang".

Pada Kak BB, lagi banyak cabaran, lebih matang perjuangan.

Salam hormat Kak BB kepada semua.

28 comments:

toknujum said...

salam,

alhamdulillah...akhirnya kak bb menyahut jua pertanyaan dari tok nujum, bukannyer apa adalah juga sebilangan kawan2 yang bertanya perihal kak bb pada tok nujum mengenai pertandingan jawatan kpum ni..dah ada yang datang suruh tok nujum tengok2kan dalam mangkuk ajaib tok nujum nih..heheheh sapa yang layak...sapa yang tak layak..yang layak bagi tok nujum banyak..yang TAK LAYAK lagi banyak !!!!hahahaha...

"memang Kak BB berasa terkedu dan terharu bila ada yang menyatakan Kak BB juga layak untuk diberi peluang ke tahap tersebut. Syukran."

SEWAJARNYA kak bb diberi peluang untuk ke tahap itu..kenapa? mengapa? apa sebab? wah wah wah tok nujum macam hardcore kak bb pulak ek..bukan2 tok nujum bukan hardcore sesiapa pun..hardcore pada diri sendiri jer..

Persoalan pertama..KENAPA?? kak bb antara pengasas awal puteri umno..first batch..maka kak bb diantara yang layak memegang jawatan KPUM..

Persoalan kedua..MENGAPA?? ok mengapa kak BB? mengapa tidak orang lain..kak BB diantara yang memegang jawatan di puteri dalam peringkat yang tertinggi..jadi mengapa tidak kan..jadi apabila berada di dalam pengurusan maka kak bb lebih arif memahami selok belok puteri lengkap dengan perlembagaan puteri sendiri..KPUM bukan jawatan2 pinggiran beb..bukan lah yang lain tak arif..

Persoalan ketiga..APA SEBAB?? tu yang kenyataan yang paling senang bagi tok nujum sebab kak bb tak pegang jawatan YB lagi..hehehe jangan terasa yer kak bb..tok nujum akan huraikan sedikit supaya sahabat2 maya tok nujum boleh faham..tapi kalau korang sumer tak suka senang jer..jangan baca dan tolong tutup telinga..apa kaitan nyer..?? baca guna suara jadi yang mendengar nyer telinga..betul tak??

tok nujum lihat dengan pancaindera tok nujum sendiri lah kan bila pu3 yang pegang jawatan ni banyak yang tertinggal sedikit sebanyak program untuk pu3 sendiri..adakalanya ia dilihat sebagai tidak adil kepada pergerakan kita sendiri..ada juga yang menggunakan alasan program di kawasan sendiri..jadi terlihat kelemahan disitu..

maka tok nujum mencadangkan bahawa kalau boleh biarlah yang memegang tampuk kepimpinan atasan pu3 ni bukan YB..kita bagi peluang 'sama rata..sama rasa' pada semua pemimpin puteri..tak kan yang pegang tu semua YB jer..abis yang tak YB?? nganga je lah?

jadi tok nujum nak la minta pada sumer kengkawan tok nujum agar benar2 memilih pemimpin yang penuh kriteria sebagai pemimpin..pada kak bb usah digentarkan pasal restu..'blessing'..hot story morry moning glory nih..adatla bila menjadi pemimpin nih..dan tok nujum yakin kak bb memang matang dalam perjuangan politik umno...

marilah kita bersama2 bahaskan topik ni dan gunakanlah secerdik2 bahasa..selunak2 bicara..

apa2 jelah....

qalamberbisa said...

salam,

walla walla wallah kenmain tok nujum nih punya statement..ni pakai gelok jampi macam nujum pak belalang ker??

aku rasa kalau kak bibi nak bertanding sila kan..silakan lah tapi tok nujum ko ni survey takat mana?? kalau takat pakai mangkuk ajaib hang toksah la kelam kabut..

tapi apa pun kita nengok ler sesama yer...

toknujum said...

salam,

sahabat mayaku qalamberbisa..berbisa ke nih? bisanyer tang mana?? tok nujum takde hanya berkata berlandaskan mangkuk ajaib tok nujum aje..tapi tok nujum tengok sekeliling pu3..ni semua respon2 dari kalangan pu3 dan tok nujum cuma menyuarakan apa yang telah mereka suarakan pada tok nujum..

alang2 tok nujum dah berada diluar kawasan hendak juga tok nujum tanya2 kengkawan di kawasan2 berdekatan..mana tahu ada isu yang bagus untuk dibangkitkan...borak2 petang sambil makan pecal..kata orang pecal kawasan sini sedap..kat mana tu? hehehe boleh risik dengan sahabat kita yang makin lagi makin vogue tu..sapa?? lu pikir la sendiri...

kak bibi? apa lagi? jawab jangan tak jawab..

apa2 jelah..

puterisoft said...

'toknujum', kamek pun dah g survey dalam perigi satu malaysia tau, memang sambutan untuk kak bb memberangsangkan. kamek bukan tengok dalam mangkuk mcm qalamberbisa cakap tu. mangkuk-mangkuk tak mainlah, perigi ni besar dan dalam untuk ditimba. Kita pun tak nak orang yang di pangil 'kail panjang sejengka' untuk diuji bagi jawatan 'negara' ni.

ok le tu!

toknujum said...

salam,

buat puterisoft..heh tok nujum baru balik dari melihat kegawatan yang berlaku pada malam ni..hampir keseluruhan bandar tok nujum tengok jem seteruknyer di sebabkan gelabah nak isi minyak sebelum harga minyak baru RM 2.70. berpinau gak mata tok nujum melihat harga baru ni..macam nak naik motor jer lepas ni tapi bila mengenangkan motor pun takde..entahlah..apa yang nyata ianya banyak menimbulkan ketidakpuashati rakyat yang mana mengomel mengenai harga minyak..

ok..kalau puterisoft dah cakap macam tu ok lah..tok nujum hanya ingin memberikan pandangan yang rasional dan matang..bukan berlandaskan perasaan semata2..

apa2 jelah..

-minyak oh minyak..jalan kaki ler nampak gayanyer...

BIBI SHARLIZA said...

Salam,

Kak BB nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada toknujum, qalamberbisa dan puterisoft atas kesudian memberi pandangan kepada hasrat hati Kak BB.

Semua itu Kak BB ambil perhatian. Biasalah kan, setiap orang ada pandangannya yang tersendiri. Bagi Kak BB, mudah aje..Kak BB akan sentiasa bersikap terbuka terhadap sebarang komen yang disampaikan.

Pasal minyak seperti yang toknujum katakan itu memang ada benarnya. Kak BB percaya akan timbul rasa kurang senang di kalangan rakyat. Pihak yang akan mengambil kesempatan atas isu ini pun akan wujud...tak percaya kita tengoklah nanti. ( Mungkin toknujum boleh tolong ramalkan lagi kot...)

Tapi Kak BB berharap sangat agar kita semua dapat memainkan peranan masing-masing di dalam menangani isu ini. Kena banyak bersabar...

Salam hormat Kak BB kepada semua.

nadzri said...

Jika Kak BB berhasrat hendak bertanding, silakan. Jika terpilih menjadi Ketua Puteri, saya berharap Puteri UMNO dapat bergiat lebih aktif dalam dunia cyber especially blog. Ini yang selama ini Barisan Nasional abaikan dan kekurangan yang nyata hingga menjadi antara punca kekalahan terus dalam PRU12. Banyak cerita (yang betul bercampur-aduk dengan fitnah) tersebar dengan ganasnya di blog. BN banyak mengharapkan TV3yang golongan muda lebih gemarkan perbincangan terbuka.

puterisoft said...

Askum...

Kamek pun tergolong dalam golongan yg toknujum ckp tu, beratur nak isi minyak. he...

Balik je rumah semalam, adik cakap isi minyak mlm ini. Esok dah naik, kitapun mcm lah kalau isi minyak mlm tu boleh tahan 1 tahun, tapi kamek tak isi pun mlm tu, kena beratur lama sgt. Pergi pekena roti canai je lepas tu. Isi minyak dalam perut.

Lepas ini, kamek nak ajak toknujum naik basikal le. Best jugak kalau kita tunggang basikal racing hari-hari kan. cuma panas muka, hitam je le. Hilang 'soft' I nanti!!!!

Pada pandangan sahabat nadzri, saya menyokong dgn cadangan saudara, kita kena aktifkan semula 'cyber war' yang telah dilancarkan pada zaman awal penubuhan Puteri UMNO dulu. Kita memang akui terlepas pandang. InsyaAllah, jika rezeki Kak BB jadi KPUM, minta kak BB aktifkan 'cyber war' ini mesti dari peringkat cawangan. Kerana diperingkat bawahlah pengaruh cyber ini memberi kesan dengan tersebarnya fitnah-fitnah dan isu-isu semasa yang di putarbelitkan.

ok le tu....

tha-tha

beautiful mind said...

maaf sekiranya saya salah tolong betulkan. soalan pada tajuk bila kak BB nak declare? pada saya kak BB tak menjawab soalan.. kak BB jawab "Insyaallah...kalau ada sokongan yang padu, yang jitu dari akar umbi, terutamanya daripada kepemimpinan Pergerakan PU3 Umno itu sendiri, maka Kak BB bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab dan memikul amanah yang diserahkan dengan telus dan ikhlas, demi memastikan kesinambungan perjuangan PU3 terus relevan dalam politik Malaysia". ini seolah-olah kenyataan "PLAY SAFE" pada saya kenapa kak BB tak umum YES BENAR MEMANG SAYA BERHASRAT BERTANDING JAWATAN KETUA PUTERI UMNO MSIA. barulah kak BB boleh meminta akar umbi untuk membantu untuk memilih kak BB puteri sekarang bijak dan pandai memilih..jangan diletakan beban itu pada pemilih tapi biarlah kita membuktikan pada mereka bahawa kita layak dipilh.

ibarat kata kak BB :
"Kalau Takut Pada Cabaran, Jangan Gelar Diri Pejuang". so apa lagi tunggu umumkanlah kak BB nak tanding atau tidak..renungkan kata -kata pujangga kak BB balik..jangan berkata spt menepuk air didulang terpircik muka sendiri.

beautiful mind said...

saya menunggu jawapan atau komen dari kak BB dan tok nujum yang kenyataannya banyak PRO kpd kak BB atau siapa sahaja yang sudi komen kenyataan saya..semua ini demi kebaikan kita sebagai ahli puteri yang memerlukan pemimpin yang berkaliber di masa hadapan.

peminat setia said...

eeee...teruja saya bila kata kak bibi nak bertanding KPUM..mmg sesuai..cantik macam ratu bollywood...saya suka sbb kak bibi cun..darah kacukan lagi..nak jadi KPUM mestilah jelita mcm kak bibi kan..kan...barulah namanya Ketua Puteri..mcm sekrg,org suka kak ani jdi ketua sbb mmg cun giler....kak bb sambungla bulu mata cam k ani tu..mesti lgi cun..mcm aishwarya rai...hee..syoknya,dpt bygkan nanti kak bb duk ats stage masa perhimpunan agung sebaris ngan naib presiden..peminat setia tumpang bangga.....mesti ramai abg pemuda yg tergoda..ahaks!

siti amal said...

salam...tahniah kak bb..menarik blog ni.gambar pun very convincing.
menarik komen tok nujum.u ni keturunan nujum pak belalang ke?setau siti,meramal ni tak digalak dalam islam..kita kena banyakkan amal,bukan meramal.Kak bb jgn cpt percaya dgn ramalan ye.Sbb,kalau atas alasan tok nujum srh bgi semua org 'merasa',siti takut kak bb kalah nanti,sbb kak bb dh pernah 'rasa' jdi yb..jadi untuk adil,siti mintk beri pada org yg belum pernah 'rasa' jdi yb..dgr kata,datin ismalina pun minat,dia pun ok,pakej ada,bijak dn rajin,kita bagi dia ajelah jadi KPUM..apa kata kak bb?

-selamat beramal!-

arip said...

For me , i don't care who wants to 'rasa' and doesn't want to 'rasa'. To be as a KPUM, 'rasa' doesn't counted.

So, what is counted?

To me, anybody is eligible by the condition that she must have a solid stand as the top leader to almost 400.000 members of puteri.

But, i noticed a sign of trying to make puteri as an exclusive family club. Meaning, among themselves only lah. For ex, if husband is a well known, so wife must be a leader. So, at last we come back to the circle.

Is puteri ok with that?

pro arip said...

YES! I AGREE... I WANT SOMEBODY WHO IS PRETTY,KIND,SMART AND INTELLIGENCE LIKE AZLINA MEHTAB. SHE WILL MAKE US PUTERI PROUD OF HER SOFT SPOKEN N DIPLOMATIC STYLE. SHE GOT STLYE N CHARISMA NOT LIKE THAT YB FROM PHG..SHE GOT PRETTY EYES THAT SPARKLE BEUTIFULLY..SHE IS MUCH MORE BEAUTIFUL THAN THE OTHERS INCLUDING KAK BB..AND THE MOST IMPORTANT THING..SHE CAN SPEAK ENGLISH VERY FLUENTLY.SHE IS THE BEST AMONG THE BEST..SOME MORE,SHE DOESNT NEED A FAMOUS HUSBAND WHO IS A DATUK AS SHE HAS HER OWN LEADERSHIP QUALITY...VOTE FOR MEHTAB..KETUA PU3 PAKLAH!

arip said...

See, i told to you all puteris... I am not alone in expressing my opinion.

To : pro arip

Agreed 200%! To me, the leader of puteri must be someone who have the princessly look lah...And much more, of course bearing the characteristics likely to the one that pro arip mentioned. Dont make this organization like makcik-makcik club or wife of well known husband club. Somehow, puteris are going to be makcik2 when joining Wanita but please...not so soon lah. I'm still single n young!

So puteris...can't you agree with us?

peminat setia said...

Alaa.........konpius....kak bb cun...kak mehtab pun cun....mana satu nak pilih...kak bb org nogori campur mamak....kak mehtab cina campur india.......dua2 bollywood...kita minat dua2...tapi kalo susah-susah..kita nak kak rosnah lah.lagi best,ayah dia ongputih tau....lagi terer ckp ongputih dri kak mehtab?

puterisoft said...

Askum,

Negara kita ini adalah sebuah negara demokrasi. Sesiapa yang nak bertanding kita kena alu-alukan. Tak best juga kalau tak ada pertandingan.

Apa yang perlu kita tahu dari bakal-bakal 'pesaing' ini adalah Misi dan Visi mereka untuk menjadi KPUM. Untuk parti ke, untuk bangsa ke, untuk diri sendiri ke, untuk anak menantu ke,... lu fikir la sendiri.

Semua ahli Puteri mahukan seorang Ketua yang boleh membawa Puteri ke masa depan yang gemilang, yang boleh membawa suara Puteri untuk diperjuangkan.

Apakah Misi dan Visi Kak BB untuk menjadi KPUM?

Apakah Misi dan Visi __________ untuk menjadi KPUM?
(sila isi tempat kosong)

saya memohon maaf jika saya ada tersilap fakta.

Oke le tu..

Tha-tha

spy baba said...

Mak ooi...ramai yang hantar 'orang-orang'nya bagi komen kat dlm blog kak bibi. dah berapa nama dorang sebut tanding jadi Kpum.
wah kak bibi, ini petunjuk baik ni. dorang dok survey market puteri. ada jual beli akan berlaku ni. layan...jgn tak layan!

PRO ARIP said...

whatever happened... i still vote for arip@azlina mehtab.she's the best!!!

arip said...

All folks here,

Wanna more story about Ketua puteri election? All hot-hot stories one hah? Interesting news?

Go to www.pink-ants.blogspot.com

This is where Pro-Sha supporters bashing up the Pro-Mehtab supporters!

penyokong arip lagi said...

Salaaaam semua puteri

korang ada terfikir tak..kalaulah Mehtab ni kita pasangkan dgn Kak bibi amacam? dua-dua cantik, dua-dua menarik. fuyoooh...1 penggal kita dok dlm puteri melaram sakan. barulah abg-abg pemuda dok menjeling kat kita puteri ni. kita tayang badan sikit kat depa.

ok x idea aku?

kalau org lain, aku x nampak lah. mesti kita ni jadi makcik2 nanti. masa tu, bukan abg2 pemuda tp depa yg tua2 dok tang MT lah dok tinjau kita...

eeei...tak kuasa aku!

hoi...komen lah sikit!

nadzri said...

Jika yang cantik-cantik sahaja menjadi ukuran untuk bertanding Ketua Puteri, lebih baik semua calon bertanding pertandingan Ratu Cantik Bollywood.

toknujum said...

salam,

wau bukan main hebat lagi yer..pelbagai bicara, pelbagai kata malah pelbagai pendapat..tu sebenar yang tok nujum mahukan..untuk melihat betapa generasi puteri hari ni bersikap terbuka dam matang dalam menghadapi pelbagai isu yang diketengahkan..

siti amal...tok nujum ni bukan ler kerja nyer menengok jer..tapi tok nujum banyak melihat dan mendapatkan pandangan sekeliling..nama tok nujum itu sekadar nama..tapi tok nujum memandang atas kerja dan kemampuan seseorang individu..

berbalik pula kepada soal rupa..bagi tok nujum..kecantikan hanyalah satu bonus tetapi kebijaksanaan akal..dan kematangan fikiran yang penting bagi seseorang itu memegang jawatan KPUM..sebagaimana yang pernah tok nujum bagitau dulu jawatan KPUM bukan jawatan pinggiran..

ini bukan soal cantik atau tidak tapi ini soal parti..soal bagaimana untuk menarik minat wanita melayu muda untuk kembali kepada UMNO..untuk memperkukuhkan parti..untuk membela bangsa melayu..itu yang perlu kita fikirkan bersama..

apapun tok nujum menghormati semua pandangan sahabat2 disini kerana sumer ada pendapat sendiri kan..tok nujum juga bukanlah hardcore kak bibi tetapi tok nujum menghormati kak bibi kerana atas kepimpinannya yang terdahulu..dan moga kak bibi dapat meneruskan kecemerlangan beliau..

masing2 yang menyuarakan hasrat nak bertanding KPUM punya kelebihan masing2, maka terpulang pada ahli2 untuk memilih kepimpinan terbaru untuk meneruskan kecemerlangan Puteri...tok nujum hanya dapat mendoakan...jadikan blog ini untuk menyuarakan pendapat bukannya untuk mencari musuh sesama kita..

apa2 jelah...

beautiful mind said...

pada aku ini semua komen syok sendiri yang tak kemana-mana langsung...sudah-sudahlah berangan..pi mai pi mai tang tu gak..

suri said...

.SALAM.....

EH TAK SANGKA LA RAMAI JUGAK ORANG KAT SINI.....SELALUNYA SEPI JER...
TAHNIAH LA KKK BB AKHIRNYA MENJADI JUGAK FORMULA AKAK EK...

BAGI SAYA PLAK...KALAU NAK PILIH KPUM, SAYA SUKA YANG TERGEDIK2, MANJA DAN BIARLAH ADA MENGADA SIKIT2. BARU LA DAPAT PERHATIAN SEMUA...
PASTU YANG EMOTIONAL PUN K GAK TRUTAMANYA YG SUKA BERCKP MASA PERWAKILAN BERCKP.PASTU TERGELAK - GELAK...MUKA PU3 PUN MULA LA CONFIUS APA YG DI CERITAKAN OLEH ORG2 BESAR D ATAS.....MESTI BESTNYE...DAPAT KPUM MACAM TU....HEBAT.....HEBAT.....

intan said...

aku rasa dari pembacaan aku di blog ini...arip,pro arip,penyokong arip dan mehtab adalah org yg sama........hampeh la.......

Anonymous said...

salam semua,

sebagai ahli pu3 sejak pu3 ditubuhkan, sapa yg nak jadi ketua nie biarlah yang betui2 mau..bukan kerana boleh jd salah sorg vp, atau boleh masuk mesy mt, kalau itulah niat yang tersirat, tak yah lah kut..udah2lah 2..ahli kita kian meningkat dari hari ke hari, tanggungjawab kita besau..bukan saja kat ahli2 pu3 tp jugak kat org2 melayu esp golongan wanita muda..kalau boleh kita pakat2 lah bagi peluang kat rakan2 kita yang tidak memegang jawatan sbg adun atau mp, bukan apa satg rakyat kat kawasan pakat marah kat UMNO/BN lagi..udah2 lah 2..kang pru13 lg teruk kang..

antara kak bb & kak mehtab,dua2 perintis pu3 sama2 berganding bahu membawa pergerakan pu3 ke tahap yang ada sekarang. kita jangan pikior ketua pu3 plah kar, ketua pu3 naib ketua pemuda malaysia kar, kita kita menilai sapa yang mampu bersama2 membawa pu3 ke persada yang lebih tinggi..udah2 lah kita nie org pakat ingat time buat kerja jar..its abt time pergerakan ini dipandang dua mata..

tp my personal opinion kak mehtab patut diberi peluang menerajui pergerakan ini kerana sikap, perwatakan kak mehtab yang kinda cool..kira boleh bawak berbincang, bersembang dan bergerak...kira oooookkk laaaaaa mcm 2...hehe

idup pu3!!!

Anonymous said...

salam perjuangan...

Kesetiaan tercemar jua akhirnya demi sebuah jawatan impian...bagaimana mungkin bangsa MELAYU akan bersatu kalau sesama sendiri pun tidak pernah wujud istilah "jujur"..piraah...it is true then what you said "feeling among the grassroots of PUTERI UMNO has lost its charm and less relevant to the political movement surrounding UMNO..camner tak slow kalau barisan pemimpin PUTERI UMNO pun tak de sifat-sifat pemimpin...