Tuesday, May 27, 2008

Alhamdulillah...semuanya selamat

Salam kepada semua,

Apa khabar semua?

Pertamanya, Kak Bibi nak rakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua yang mengenali Kak Bibi di atas kesudian mendoakan kesejahteraan Kak Bibi serta anak-anak di sepanjang kami menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Ramai juga kenalan yang menghantar sms mengucapkan selamat beribadah. Semoga Allah swt jua yang akan membalas kebaikan kalian semua.

Semasa di sana, Kak Bibi senantiasa mendoakan semoga Allah swt mengurniakan kerahmatanNYA kepada semua umat Islam dan khasnya kepada bangsa Melayu serta kesejahteraan kepada negara tercinta kita amnya. Mudah-mudahan maqbul doa ini.

Kak Bibi dah selamat pulang ke tanah air pada petang Khamis yang lalu. Selepas itu, terus pulang ke kampung untuk bersama dengan kaum keluarga. Rindu benar rasanya nak bersama-sama mereka. Sambil-sambil tu, berehat seketika di kampung.

Alhamdulillah, berkat doa semua, kami berada di dalam keadaan sihat wal'afiat baik semasa beribadah mahupun pulang ke Malaysia. Cuma batuk sedikit. Biasalah tu, kata orang pertukaran cuaca.

Kak Bibi rasa sampai setakat ini dahulu. Ada kelapangan kita bertemu lagi.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua.

Salam hormat daripada Kak Bibi.

5 comments:

toknujum said...

salam,

alhamdulillah dah slamat rupernya kembali ke tanah air..apa yang di beli di sana?? seronok kan..

BIBI SHARLIZA said...

Berkat doa orgramai, selamat Kak Bibi kembali. Adalah juga beberapa barangan yg Kak Bibi dan anak2 sempat beli di sana samada untuk sendiri mahupun sbg buah tangan kpd yg menunggu di tanah air.

Seronok tu memanglah kan. Tapi bila dah sampai ke sini, rasa rindu pulak nak kembali ke sana. Semoga dimurahkan rezeki.

Salam hormat Kak Bibi kpd ahlifiqir.

Wan Salwati Hj Abdullah said...

Selamat pulang ke tanahair sis...

Semoga kerinduan kepada keluarga dan tanahair telah terubat...

Semoga segala ibadah dan doa yang telah dilaksanakan di Tanah Suci akan dimakbulkan Insya'allah......

Salam Ukhwah.....

toknujum said...

salam maya,

syukur dah selamat kembali ke tanah air..

aku diantara ahli2 pu3 yang lama mengenai kak bibi sebagai seorang sahabat, kawan, pejuang dalm parti..aku jua diantara yang amat3 bersimpati diatas ketidak pencalunan kak bibi untuk menyandang sebagai ahli dewan undangan negeri di kawasan paroi untuk penggal yang ke dua..namun siapalah aku untuk aku bertegas kerana aku hanya ahli pu3 yang tidak mampu untuk bersuara...

kak bibi, disini aku ingin bertanya kan adakah kak bibi mahu bertanding untuk jawatan kpum yang bakal ditinggalkan oleh dato noraini, bukan aku tak menyanjung beliau cuma aku mahu kesinambungan kepimpinan puteri terus terpelihara..aku tahu memang ramai yang nak bertanding..tak perlulah aku nyatakan disini tetapi aku merasakan bahawa sebagai seorang pemimpin muda kak bibi adalah salah seorang diantara calon yang layak untuk memegang jawatan itu cuma bergantung lah kepada pencalonan dan undi yang bakal kak bibi terima...

apatah lagi setelah kak bibi tidak lagi memegang jawatan YB, aku rasa kak bibi mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada pergerakan puteri..mungkin nanti ada yang berkata kita perlu kan seseorang yang bergelar YB untuk memegang jawatan tersebut tapi bagi aku itu bukan salah satu dari keperluannya...sebagai puteri kita mesti beri ruang pada semua untuk diberi kepercayaan untuk memimpin...apatah kak bibi punyai rekod yang cemerlang sebelum ini..

semoga berjaya tok nujum ucapkan dan tok nujum akan meramal dari jauh..heh heh..

BIBI SHARLIZA said...

Salam Sis Wan Salwati,

Terima kasih atas doa ye.

Kak Bibi pun turut sama berdoa semoga segala amal ibadah kami di Tanah Suci akan diterima di sisi Allah swt.

Salam hormat Kak Bibi kpd Sis Wan.