Thursday, May 29, 2008

Jangan Terlepas Pandang

Salam kepada semua,

Kak Bibi nak menulis sedikit pasal kemasukan semula Ezam ke parti Umno. Kak Bibi tak mahu sentuh pasal siapa dia Ezam. Bukan sahaja Kak Bibi, tetapi semua orang dalam politik kenal dan tahu sejarah perjalanan politiknya.

Sebagai ahli parti, Kak Bibi tentu sahaja akan menerima dengan terbuka keputusan pucuk kepimpinan parti menerima permohonan Ezam. Kak Bibi sentiasa percaya bahawa sudah pasti di peringkat tertinggi pucuk kepimpinan, mereka telah mempertimbangkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan ini. Dan sudah pastilah juga mereka akan mengutamakan kepentingan parti, lebih daripada yang lain.

Inilah yang dikatakan disiplin parti. Kak Bibi menyeru kepada semua ahli Pergerakan PU3 Umno Malaysia, di semua peringkat dan lapisan, agar memberi sokongan kepada keputusan pucuk pimpinan parti kita ini. Sokongan padu amat penting terutama di dalam keadaan parti kita sedang di dalam proses pemulihannya. Parti Umno tidak mampu lagi bertelagah dengan isu yang mendatang, sedangkan isu yang sedia ada masih belum selesai.

Kak Bibi cukup yakin dengan kematangan adik-adik PU3 Umno di dalam menilai dan mempertimbangkan perkara ini dari sudut positif. Dan inilah uniknya pemikiran ahli PU3 Umno.

Kak Bibi cuma agak terkilan sedikit, rupanya kita terlepas pandang satu perkara. Kak Bibi terfikir bagaimana mudahnya penerimaan ini, sedangkan sepertimana yang kita semua sedia maklum, masih wujud kesusahan di peringkat bawahan untuk diterima sebagai ahli Umno. Dan permasalahan ini telah pun lama berlaku di dalam parti Umno.

Maka, Kak Bibi rasa untuk menjustifikasikan penerimaan semula Ezam sebagai langkah keterbukaan parti Umno, permasalahan yang Kak Bibi bangkitkan di atas, perlulah mendapat perhatian yang lebih daripada pucuk kepimpinan parti. Barulah nampak kesaksamaan secara menyeluruh.

Akhirkata, salam hormat Kak Bibi kepada semua ahli PU3 Umno.

5 comments:

toknujum said...

salam,

kak bibi..kita memang tidak melupakan sejarah ezam dengan kota rahsia nya..ala2 kotak beracun la tetapi ini lah keterbukaan yang perlu ada dalam UMNO..semoga dengan kemasukan semula ezam boleh membawa manfaat dan membuka mata ahli2 PKR yang dulu nya ahli UMNO agar kembali ke pangkuan kita dengan syarat!! tidak ada isu disebaliknya..

aku memang mahu melihat dan menilai perkara ini sebagai satu isu yang positif dan matang dalam menanganinya apatah lagi dengan isu UMNO kini...

memang benar perlu ada nilai kesaksamaan dan nilai penambahbaikan...

apa2 je lah....

BIBI SHARLIZA said...

Salam toknujum,

Kak Bibi setuju dengen toknujum yang kita tak dapat melupakan sejarah.

Kak Bibi harap kita semua jadikanlah sejarah sebagai panduan dan teladan. Kita tak perlulah jadikannya sebagai bahan isu.

Betul kata toknujum, kita lihat ia sebagai satu isu yang positif dan matang. Kita beri peluang sekali lagi. Mana tahu, ada kebaikannya kan?

Toknujum kan pandai meramal? Gurau aje...

Salam hormat Kak Bibi kepada toknujum.

toknujum said...

salam kak bibi,

tok nujum takde lah pandai meramal sangat tetapi ada kalanya menjadi jugak apa yang tok nujum cakapkan..

hari ni dengar pulak desas-desus yang ezam nak bertanding ketua pemuda umno..pelik sungguh mereka ini kan..kata takde kepentingan pribadi..tup tup lain pulak cerita..kata demi negara tapi jadi lain..macam lah kita ni terlupa kisah lama...masih kah kau ingat dulunyer wahai ezam..hehehe

iskh3x...nampak gayanyer tok nujum kena bertapa lagi ni nak meramal apa akan jadi selepas ni..

sekadar pesanan buat kak bibi..tok nujum pun nak meramal kak bibi jugak..heh heh heh...macammana ek selepas ni? jadi ke tak?

apa2 je lah...

siti amal said...

tok nujum..sebab tu kita ni kena byk beramal dari meramal...Mana boleh Ezam tu bertanding Ketua Pemuda UMNO Msia..kt caw pun belum tentu boleh..peraturan beb..peraturan... dia baru serah borang,belum diproses pun gamaknya..nak melayakkan diri bertanding kali ni,sesorang ahli tu mesti dah byr yuran sebelum 31/12/2007 beb...

Anonymous said...

BB, mengapa semua pemimpin2 kecil umno hanya ckp kami ikut pendirian pemimpin atasan...mcm mana nak jadi pemimpim besar nanti kalau takde pendirian.

kita berjuang utk rakyat, negara dan agama...bukan utk parti