Sunday, May 11, 2008

" SELAMAT ULANG TAHUN KE 62 "

Salam....

Hari ini, pada 62 tahun yang lalu, sebuah parti yang meletakkan pembelaan nasib orang Melayu sebagai wadah perjuangannya, telah dilahirkan. Ketika itu, di seluruh pelusuk negara, orang Melayu menyambut dengan tangan terbuka kelahirannya. Pada mereka, satu lembaran baru telah dicipta dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu, menjulang nama Melayu.

Sejak itu, berbagai-bagai pengalaman telah dilalui oleh parti Melayu ini, samada pahit mahupun manis. Kesemuanya telah dihadapi dengan tahap kematangan yang paling tinggi. Malahan, pada satu ketika, parti ini telah diuji dengan satu pengalaman paling trajis apabila mahkamah mengharamkan parti ini - parti keramat orang Melayu. Bukan sahaja kita orang Melayu di sini yang terkejut, malahan satu dunia tergamam.

Tetapi kita bangkit kembali. Parti diperkuatkan semula walaupun terdapat bermacam-macam dugaan. Kita bentuk semula permuafakatan. Kita pereratkan lagi perpaduan. Akhirnya, parti ini kembali ke landasan keutuhannya.

Sejarah juga tidak boleh menafikan bahawa parti ini telah mencipta berbagai-bagai kejayaan. Samada untuk orang Melayu secara keseluruhan mahupun terhadap parti itu sendiri, beberapa siri kegemilangan telah dilakar. Sehinggalah sampai ke peringkat 'mengangkasa tamadun bangsa Melayu'.

Penubuhan Pergerakan Puteri dalam parti ini juga merupakan saat manis lagi gemilang dalam sejarahnya. Ia ibarat satu pengiktirafan kepada peranan golongan generasi muda, khususnya wanita Melayu muda di dalam perjuangan bangsa Melayu. Kak Bibi merupakan antara yang cukup gembira dengan era baru dalam parti ini. Bukanlah kerana Kak Bibi tergolong di dalam barisan pengasasnya, tetapi ianya lebih kerana usaha ini selari dengan pemikiran Kak Bibi yang sentiasa percaya bahawa golongan generasi muda wajar diberi ruang dan tempatnya dalam agenda perjuangan bangsa Melayu. Kak Bibi sentiasa yakin golongan ini merupakan aset kepada parti. Percayalah...mereka merupakan faktor kejayaan kepada parti ini.

Tetapi, ketika ini, seperti yang lain juga, Kak Bibi dapat melihat parti ini sedang berhadapan dengan satu cabaran yang agak berat. Berekoran prestasi buruknya di dalam PRU12 yang lalu, suara-suara sumbang telah mula mendendangkan persoalan samada parti ini relevan lagi atau tidak. Kak Bibi juga, seperti yang lain, bukan sahaja sedih malahan seperti tidak percaya dengan senario yang terjadi kepada sebuah parti yang sentiasa telah terbukti menunjukkan prestasi cemerlangnya di dalam perjuangan memartabatkan bangsa Melayu.

Bersempena dengan kehadiran hari istimewa ini, Kak Bibi merayu kepada setiap ahli Puteri dan seluruh ahli parti ini, mari kita kembalikan maruah parti ini. Kita letakkkan prestasi buruknya pada PRU12 dan segala permasalahan yang berlaku,tersimpan rapi di dalam lipatan sejarah. Kita lontarkan kesedihan kita. Mari kita bersama-sama bangkit semula mencipta sejarah kegemilangan baru untuk parti ini. Demi kesejahteraan generasi Melayu akan datang, bersamalah kita bermaaf-maafan, mempereratkan kerjasama, mengorak langkah baru dengan meletakkan agenda perjuangan bangsa Melayu di tempat yang teratas dalam diri kita. InsyaALLAH...dengan penuh rasa keikhlasan, Kak Bibi berkeyakinan penuh ianya akan dapat dicapai.

Kak Bibi sayangkan parti ini. Kepada Mu Parti Umno....diucapkan Selamat Ulang Tahun Ke 62.

9 comments:

beautiful mind said...

kita sebagai penyambung generasi, yang terdiri daripada seluruh ahli UMNO termasuk semua sayap parti, tidak perlu ragu dan bimbang dengan kebenaran landasan perjuangan kita melalui parti UMNO parti keramat ini.. Di bahu kitalah digalas tanggungjawab untuk menyambung perjuangan yang diletakan asasnya oleh para pejuang terdahulu. peliharalah sang saka bangsa agar utuh sepanjang zaman..renungilah perlembagaan UMNO fasal 3.3

anak nogori... said...

to bibi
selagi pemimpin yang corrupt kat atas berkuasa takde guna nya sebuah perjuangan tu.... takut hilang kuasa pemimpin ni akan berbuat apa saja untuk kekalkan kuasa sebab dengan kuasa mereka akan dapat kemewahan... dah jadi darah daging dalam umno kuasa untuk wang... perjuangan untuk kemewahan... rakyat cuma digunakan untuk seseorang pemimpin itu berada di tampuk kuasa. umpama umno terkena barah yang kian parah... dimana perjuangan memertabatkan islam dan melayu bibi sharliza...
adakah selama ini melayu diutamakan kalau ya kenapa masih ketinggalan, salahkan melayu kerana ingin kaya cepat... siapa yg mengajar mereka ni kalau bukan pemimpin tu...
bosan dengan ketuanan melayu saban hari diperkatakan... sekarang ni bukan masa nak bercakap... berforum... berdialog... MASA UNTUK BEKERJA bantu melayu... masih tiada usha memmajukan ekonomi melayu... kalau ada pun sekadar boleh saja... dan yang paling penting orang yang menolong tu... boleh buat duit tak... sebab tu sehingga sekarang ni segala usha bantuan untuk melayu... masih ketinggalan dalam ekonomi...melayu memang lemah berniaga... semua tahu... mekanisma apa yang digunakan untuk memperbetulkan kelemahan tu... kalau semua melayu buktikan setia sesama melayu gunakan kuasa beli melayu buy malay first... kalau dah orang melayu sendiri tempah baju melayu/kurung kat kedai jahit cina.. disinilah gagalnya melayu.. apatah lagi nk berbelanja cari barangan melayu.... macam2 alasan kita terima...jatuhnya melayu kerana orang melayu sendiri....
contoh orang melayu kelantan... tebalnya semangat setia sesama mereka perniagaan bantu membantu...
ramai mereka maju... kelantan buy kelantan... mekanisma ini yang perlu diterapkan disedarkan melayu supaya membantu sesama sendiri...

anyway cakap pun tak guna...
sebab takan dipraktikan...

anak melayu n9

Anonymous said...

saya dengar kakak bibi masa kempen pru12 kakak kempem untuk pembangkang.dan masa pru12 kakak pergi mana tak de pun dalam dun paroi lagi nak cerita pasal umno dah balik jaga laki nanti laki lari susah jangan rapat sangat dengan zul merbahaya

Rosmerah said...

Happy birthday UMNO,Semoga Panjang Umur..................

qalamberbisa said...

salam,

aku memang ada jumpa kak bibi di pwtc semasa sambutan hari ulang tahun UMNO yang 62 tahun..well maintain tapi mana kengkawan kak bibi yang lain?? mana dulu pengikut2 yang setia?? mana budak2 n9 yang selalu ada ngan kak bibi?? ataupun kak bibi dah mula melupakan mereka?? atau kak bibi dah mula hilang pengaruh?? kerana mereka takde apa2 yang boleh membantu ker? aku tak nampak pun budak2 bahagian kak bibi..

aku hargai apa yang kak bibi cuba cakapkan minta supaya kita kembalikan maruah UMNO..lebih2 lagi maruah Puteri UMNO tapi macammana kak bibi kalau pemimpin atasan dalam pergerakan sendiri dah mula ada propaganda sendiri?? ada matlamat sendiri..

aku ingin kupas sedikit kata2 salah sorang pengkomen dalam blog ni 'saya dengar kakak bibi masa kempen pru12 kakak kempem untuk pembangkang.dan masa pru12 kakak pergi mana tak de pun dalam dun paroi lagi nak cerita pasal umno dah balik jaga laki nanti laki lari susah jangan rapat sangat dengan zul merbahaya'..apa citer nih?? kalau boleh aku nak kak bibi tolong ulas sedikit dan komen..mungkin kak bibi kata ni fitnah tapi tolong clearkan statement tu..

aku tahu kak bibi diantara pengasas puteri yang sebaris dengan Dato Seri Azalina, Dato Noraini, Dato Shahaniza, YB Suraya yang mana aku juga diantara kumpulan pertama semasa penaja malahan aku sama2 bekerja bersama kak bibi dan yang lain..yang akhirnya aku tengok ramai pemimpin puteri yang telah mula hilang identiti diri TAPI tak sumer laa..tapi RAMAI..yang nak memperjuangankan agama, bangsa dan negara adalah tak seberapa..

jadi korang fikir2lah sendiri arah hala tuju kita selepas ni..

renung2kan bersama
-adios amigos-

Puaka Desa said...

Layan blog paneh.blogspot.com k.....jumpa di sana....

BIBI SHARLIZA said...

Salam qalamberbisa,

Kak Bibi mohon maaf lewat balas komen. Baru balik drpd umrah.

Tentang kembalikan maruah Umno, kita kena bersama2 bantu. Kak Bibi yakin ramai ahli PU3 yang bersemangat untuk berjuang mengembalikan maruah Umno dan Perg PU3 itu sendiri.

InsyaALLAH, kalau kita ikhlas dan bersatu, kita pasti akan berjaya.

Tentang komen daripada seseorang di atas, Kak Bibi dah selalu berhadapan dgn perkara begini.

Bagi Kak Bibi, apabila seorang wanita itu berada dalam bidang politik, yang biasa sampai kepadanya ialah fitnah seperti itu.

Biasanya, ia datang daripada mereka yang rapat dengan kita!

Kak Bibi kena hadapilah dugaan sedemikian. Asalkan yang penting, kita tidak seperti mereka kan.

Salam hormat Kak Bibi kepada qalamberbisa.

BIBI SHARLIZA said...

Salam rosmerah,

Maaf Kak Bibi lewat balas.

Semoga panjang umur kpd rosmerah juga....

Terima kasih.

Salam hormat Kak Bibi kpd rosmerah.

BIBI SHARLIZA said...

Salam anak nogori,

Maaf lewat balas.

Ada kebenaran apa yang diperkatakan dalam komen tu.

Kak Bibi amat berharap anak nogori tak berpatah semangat walaupun sedikit bernada 'geram'.

Semangat keMelayuan seperti inilah yg amat diperlukan di dalam usaha membantu bangsa.

Teruskan semangat itu...

Salam hormat Kak Bibi kpd anak nogori.