Sunday, May 11, 2008

" PUTERI UMNO MESTI FOKUS TERHADAP ISU KETUANAN MELAYU "

Salam

Kali ini Kak Bibi nak menulis isu yang dibangkitkan oleh Karpal Singh baru-baru ini yang melibatkan institusi Raja-Raja Melayu. Tak nak bercakap pasal isu ini dari sudut perundangan kerana kini ianya telah pun berada di bawah bidangkuasa pihak polis dan Kak Bibi berkeyakinan penuh dengan kredibiliti pihak polis di dalam menangani isu ini.

Tetapi apa yang Kak Bibi nak sampaikan di sini ialah seruan kepada seluruh adik-adik PU3 Umno untuk memberi fokus kepada isu ini. Walaupun kita adalah di kalangan wanita Melayu yang muda, tetapi apabila tatkala kita berhadapan dengan isu yang melibatkan soal institusi Raja-Raja Melayu, kita tidak boleh sama sekali mendiamkan diri. Kita tidak boleh memilih untuk bersikap tidak kisah. Ini adalah kerana kita adalah orang berbangsa Melayu. Institusi Raja-Raja Melayu adalah merupakan simbol kepada ketuanan Melayu. Bahkan, ia adalah satu institusi yang memayungi seluruh rakyat di negara bertuah kita ini. Apatah lagi, kita yang dinobatkan dengan gelaran "PUTERI", sudah sepatutnya kita lebih ke hadapan di dalam soal mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu daripada diperlekehkan oleh mana-mana pihak. Perlu banyak program-program yang memberi penjelasan dalam isu ini digerakkan di peringkat akar umbi, tanpa mengira sesiapa pun jua yang menjadi penggeraknya. Ini sudah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai orang Melayu.


Baru-baru ini, satu program " Wacana Ketuanan Melayu : Satu Kupasan " telah diadakan di Paroi melalui satu badan NGO iaitu Yayasan Tuanku Ampuan Najihah, yang mana Kak Bibi merupakan Pengerusi badan ini. Alhamdulillah, kehadiran orangramai memang cukup memberangsangkan terutamanya dari kalangan generasi muda. Mereka mendengar kupasan mengenai ketuanan Melayu. Kemudian, mereka diberi peluang di dalam sesi soal jawab. Kita beri mereka kebebasan sepenuhnya untuk bersuara kerana isu ini melibatkan mereka jua. Kak Bibi cukup terharu melihat respon daripada anak-anak muda Melayu yang hadir. Penuh semangat. Penuh tanggungjawab. Rumusannya, mereka menyatakan bahawa mereka mahu ketuanan Melayu itu dijulang tanpa sedikitpun berniat untuk menzalimi mana-mana hak bangsa lain.


Seperkara lagi yang Kak Bibi nak nyatakan mengenai isu ini ialah kita hendaklah melihat isu ini dari pandangan mencerminkan diri kita sendiri sebagai ahli parti Umno. Keadaan Umno yang sering berbalah sesama sendiri ketika ini akan boleh memberi ruang kepada pihak tertentu untuk mengambil kesempatan membangkitkan soal tertentu yang melibatkan orang Melayu. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa satu-satunya parti yang menunjangi kekuatan orang Melayu di negara ini ialah Parti Umno. Justru itu,kelemahan kita akan memberi kekuatan kepada pihak tertentu yang lain. Sebagai contoh,yang terbaharu, ada pula pemimpin di kalangan parti komponen BN yang mempersoalkan penggunaan istilah ketuanan Melayu. Seolah-olah kita orang Melayu tidak langsung memperdulikan nasib bangsa lain.


Kak Bibi sudah mula merasakan bahawa telah sampai masanya kita meletakkan titik noktah kepada perpecahan kita di dalam parti Umno. Sebelum keadaan menjadi lebih buruk, kita mesti mula menyedarkan antara satu sama lain.

Justru itu, akhirkata, Kak Bibi mengajak seluruh adik-adik PU3 Umno untuk bersama-sama memberi fokus pada isu ketuanan Melayu ini dan merapatkan barisan, demi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang akan mengaut keuntungan di atas perpecahahan kita. Kitalah sebagai orang Melayu, yang mesti memperjuangkan untung nasib kaum Melayu. Memetik firman Allah swt di dalam Al Quran yang bermaksud, " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri". Renungkanlah....

Hidup Melayu!

3 comments:

Anonymous said...

pekara ini perlu di pandan serius oleh kita..ia melibatkan maruah yang dengan sewenang wenangnya di perkatakan dan di ragui oleh mereka yang tidak berhak..saya menyeru agar pergerakan puteri mengambil tindakan dan mendesak kepada sesiapa yang mempertikaikan ketuanan melayu agar memohon maaf secara terbuka..mereka perlu sedar bahawa tanah ini tanah melayu dan raja2 serta sultan adalah ketua agama islam dan DMMYDA adalah ketua negara dan perkara ini tidak boleh disangkal kuasanya, di sokong dengan prinsip rukun negara..

Anonymous said...

Haii kak bibi..salam pekenalan.. - delimamalaysia.bogspot.com

PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY said...

Salam...layari blog kami www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Kami berkhidmat..anda berbakti..semoga kita dapat bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah.